Syarikat elektronik ternama dari Taiwan, Acer, bakal memperkenalkan rangkaian e-skuter dan e-basikal eMobility baharu dalam acara komputer Computex 2025 yang akan berlangsung di Taiwan minggu ini.
Ini termasuklah Acer eScooter Series 4 Select, Series 5 Select, Predator ES Storm dan Predator ES Thunder. Setiap pengangkutan elektrik ini boleh dilengkapi motor 400W atau 500W.
Penunggang boleh menjejak prestasi kenderaan dan uruskan keselamatannya melalui aplikasi Acer eMobility.
Selain itu, Acer juga mempertontonkan Acer Predator eRanger iaitu e-basikal dengan tayar leper yang telah diperkenalkan buat kali pertama pada Taipei Cycle Show 2025 awal tahun ini.
Ini bukanlah kali pertama Acer memperkenalkan kenderaan elektrik. Sebelum ini, Acer memperkenalkan e-skater MUVI 125 4G pada November 2023 sebagai kenderaan elektrik pertama yang dibina oleh syarikat itu.
Adakah anda berminat untuk menunggang e-skuter Acer ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

