Acer Malaysia hari ini melancarkan empat produk baharu dalam rangkaian monitor gaming AOPEN yang menyediakan prestasi tinggi untuk para penggemar game, tanpa perlu berbelanja besar. Monitor-monitor ini dilengkapi AMD FreeSync untuk grafik permainan yang tidak koyak (tear-free), sokongan HDR10 untuk pancaran cahaya biru rendah dan medan penglihatan sehingga 178°.
Pertama sekali, AOPEN 32HC5QU S3 merupakan monitor melengkung berukuran 31.5 inci dengan panel VA resolusi WQHD. Ia mempunyai lengkungan 1500R untuk medan penglihatan luas serta kadar segar semula 180Hz dan waktu tindak balas visual Turbo (TVR) sepantas 1 saat untuk pengalaman gaming yang lancar. Pendirinya boleh disenget, dinaik dan diputar untuk mendapatkan sudut terbaik untuk pengguna, dan ia turut dilengkapi pembesar suara 2Wx2.
AOPEN 27HC5R Z1 pula merupakan monitor melengkung 27 inci dengan panel VA resolusi Full HD. Ia mempunyai gamut warna sRGB 99%, kadar segar semula setinggi 280Hz, TVR sepantas 1 milisaat dan lengkungan 1500R. Seperti monitor yang disebut tadi, monitor ini mempunyai pendiri yang boleh dilaraskan serta pembesar suara dalaman.
Buat para pengguna yang inginkan monitor rata, AOPEN 27KG3U M3 mempunyai panel IPS berukuran 27 inci dengan resolusi WQHD. Ia mempunyai kadar segar semula 180Hz dengan masa tindak balas GTG 0.5 milisaat dan sokongan HDR10 untuk pengalaman gaming lancar dan visual yang cantik. Pendirinya boleh didongak, dinaik atau diturunkan untuk sudut pandangan terbaik.
Selain monitor itu, AOPEN 25MV1Q Z1 pula menawarkan kadar segar semula 280Hz dan dan TVR sepantas 1 milisaat. Ia mempunyai panel VA resolusi Full HD dengan gamut warna sRGB 99%, serta dilengkapi pembesar suara dalaman 2Wx2. Anda boleh laraskan tetapannya melalui AOPEN Display Widget.
Berikut merupakan harga untuk keempat-empat monitor di atas:
- AOPEN 32HC5QU S3: RM899
- AOPEN 27HC5R Z1: RM699
- AOPEN 27KG3U M3: RM699
- AOPEN 25MV1Q Z1: RM569
Untuk makluman, Acer Malaysia akan menganjurkan promosi khas sewaktu kempen jualan 3.3 pada 3 Mac kelak, dan semua monitor ini akan dijual pada harga diskaun untuk hari tersebut sahaja:
- AOPEN 32HC5QU S3: RM799
- AOPEN 27HC5R Z1: RM599
- AOPEN 27KG3U M3: RM649
- AOPEN 25MV1Q Z1: RM499
Semua monitor ini boleh dibeli sekarang di laman web Acer eStore, Shopee atau Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

