Site icon TechNave BM

Acer Malaysia tawarkan hadiah istimewa dan diskaun sehingga 83% sempena Acer Day

Acer Malaysia bakal meraikan Acer Day yang ke-empat pada tahun ini dengan pelbagai aktiviti menarik, hadiah percuma serta promosi hebat untuk produk-produknya, dengan diskaun sehingga 83% dan baucar Shopee sehingga RM200.

Acer Day akan mula disambut di laman Facebook Acer Malaysia pada hari Ahad, 2 Ogos jam 3:00 petang dengan persembahan istimewa daripada Linora, Pong Pong dan Cikidot. Selepas itu, sesi cabutan bertuah akan diadakan dengan hadiah bernilai RM22,000 termasuklah komputer riba Predator Helios 300 dan Predator Triton 700.

Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah daripada Acer Malaysia melalui pelbagai aktiviti menarik di laman Facebook Acer Malaysia mereka tanpa perlu berbelanja langsung. Ini termasuklah mengundi pakej promosi kegemaran, menari dengan lagu #FeeltheVibeWithAcer atau melengkapkan tugasan harian di laman web ini.

Di Shopee pula, Acer menganjurkan Super Brand Day pada 2 hingga 4 Ogos di mana promosi Massive Deal menawarkan diskaun harga sehingga 83% untuk produk seperti kerusi gaming, papan kekunci, monitor dan banyak lagi. Pelanggan yang membeli produk Acer teprilih boleh menyertai Buy and Win Lucky Draw untuk peluang memenangi hadiah bernilai RM500,000. Bagi mereka yang mempunyai tarikh lahir pada bulan Ogos, Acer akan memberikan kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet kepada pelanggan yang membuat pembelian lebih daripada RM1,800.

Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, anda boleh layari laman Facebook Acer Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version