Site icon TechNave BM

Acer Malaysia tawarkan komputer serendah RM1,199 & banyak lagi sempena Acer Day 2025

Acer Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-35 pada tahun ini dan bakal menganjurkan kempen promosi Acer Day 2025 yang akan berlangsung pada 24 Julai hingga 30 September 2025. Kempen ini akan diadakan di 17 lokasi berlainan seluruh negara pada tarikh yang berasingan.

Ia akan dimulakan di Kota Bharu, Kelantan pada 24 Julai, kemudian akan berpindah ke lokasi-lokasi lain sepanjang Ogos 2025 termasuklah Kota Kinabalu, Miri, Kuching, Bukit Mertajam, Alor Setar dan lain-lain. Jerayawara utama Acer Day 2025 akan diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada 14 hingga 24 Ogos 2025.

Berikut merupakan promosi untuk beberapa produk Acer sepanjang promosi ini:

Acer juga akan menawarkan promosi eksklusif dengan potongan harga sehingga RM2,000. Selain itu, pembelian model tertentu akan disertakan bersama kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200.

Untuk hadiah yang lebih menarik, Acer mengadakan Six-Word Challenge di mana anda perlu huraikan pengalaman Acer anda dalam enam patah perkataan. Pemenang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150,000 seperti:

Buat para pelajar universiti, Acer Malaysia akan mengadakan pertandingan pickleball pertamanya pada 3 Ogos 2025. Pasukan-pasukan yang menang akan menerima RM20,000 dalam tunai biasiswa.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menghadirinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version