Site icon TechNave BM

Acer Malaysia tawarkan pembaikian percuma untuk komputer yang rosak akibat banjir

Susulan daripada bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada hari minggu yang lalu, Acer Malaysia ingin bantu meringankan beban yang dialami oleh mangsa banjir dengan menyediakan perkhidmatan pembaikian komputer secara percuma.

Acer Malaysia akan membaiki sebarang peranti Acer yang telah rosak akibat daripada banjir tersebut secara percuma. Perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada semua produk Acer, tidak kisah sama ada produk tersebut masih berada dalam jaminan (warranty) atau tidak.

Selain itu, Acer Malaysia akan turut membaiki peranti elektronik yang bukan berjenama Acer, namun pengguna perlu membayar caj untuknya.

Jika sesebuah produk itu tidak boleh lagi dibaiki, Acer Malaysia akan menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk pembelian sebarang komputer atau komputer riba dalam laman web Acer Malaysia e-store.

Perkhidmatan ini akan ditawarkan sehingga 31 Mac 2022. Beritahu kami di Facebook jika maklumat Acer ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version