Site icon TechNave BM

Acer Nitro 5 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” Ryzen 9, RTX 3080 bermula RM3,699

Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan model baru untuk komputer riba gaming Acer Nitro 5 di mana ia dilengkapi pemproses AMD Ryzen. Pada bulan lalu, Acer sudah pun melancarkan produk ini untuk pasaran Malaysia namun ia dilengkapi pemproses Intel i7.

Acer Nitro 5 yang dilengkapi pemproses AMD Ryzen ini datang dalam enam varian dan hampir semuanya dilengkapi unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce RTX 3000. Berikut adalah senarai varian untuk Nitro 5 yang dilancar pada hari ini:

AN515-45-R9RJ

AN515-45-R7QR

AN515-45-R4KB

AN515-45-R5C7

AN515-45-R8XM

AN515-45-R49W

Acer Nitro memang terkenal sebagai komputer riba gaming yang ditawarkan pada harga lebih murah berbanding pesaingnya dan Nitro 5 baru ini meneruskan lagi reputasi tersebut. Jika anda berminat untuk memiliki mana-mana komputer di atas, jangan lupa untuk membuat pesanan secepat mungkin kerana masalah kekurangan semikonduktor di seluruh dunia mungkin bermakna stok untuk komputer-komputer di atas tidaklah banyak.

Layari laman web Acer Malaysia, laman Shopee Acer Malaysia atau laman Lazada Acer Malaysia untuk maklumat lanjut tentan pelbagai promosi pra-tempahan untuk Nitro 5. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Acer Nitro 5 baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version