Acer Malaysia hari ini melancarkan komputer riba gaming mampu milik iaitu Acer Nitro V 14 baharu yang dilengkapi skrin 14.6 inci dan segala spesifikasi khas untuk jana prestasi tinggi dalam game tanpa perlu berbelanja besar.
Komputer ini dilengkapi pemproses AMD Ryzen 7 8845HS dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4050 yang akan menjana prestasi pantas untuk gaming, kerja dan hiburan. Untuk memori, ia mempunyai RAM DDR5 berkapasiti 16GB dan storan SSD NVMe PCIe Gen4 1TB.
Skrinnya pula berukuran 14.6 inci dengan panel WQXGA IPS, kadar segar semula 120Hz, waktu tindak balas overdrive 3 milisaat dan gamut warna sRGB 100%.
Bagi membenarkan pengguna memilih antara prestasi tinggi atau memanjangkan hayat bateri, komputer ini datang dengan suis MUX untuk melaraskan prestasinya.
Acer Nitro V 14 dijual di Malaysia pada harga RM4,899 dan boleh didapati dari laman web Acer eStore, Shopee, Lazada serta pengedar-pengedar sah. Pelanggan yang membelinya pada 14 hingga 23 Februari 2025 akan menerima aksesori Nitro Wireless Gaming Controller bernilai RM199.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

