Site icon TechNave BM

Acer Predator Helios Neo 16 dilancar di Malaysia: GeForce RTX 4060, 13th Intel Core i7 HX bermula RM4,899

Pada hari ini, Acer Malaysia telah melancarkan komputer riba gaming terbaru iaitu Acer Predator Helios Neo 16 (PHN16-71) dan ia meneruskan lagi legasi Helios sebagai siri komputer gaming yang mampu milik namun masih boleh menjana prestasi pantas untuk game anda.

Komputer ini ditawarkan dalam beberapa varian, di mana yang tercanggih akan dilengkapi cipset 13th Gen Intel Core HX dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 dengan kuasa grafik maksimum 140W untuk prestasi gaming terpantas.

Ia turut digabungkan dengan RAM DDR5 sehingga 16GB dan storan SSD NVMe PCIe sehingga 1TB. Untuk skrin pula, ia mempunyai panel IPS WQXGA atau WUXGA berukuran 16 inci dengan kadar segar semula 165Hz, nisbah aspek 16:10 dan gamut warna sRGB 100%. Ia turut menyokong NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC untuk pengalaman gaming lancar.

Untuk pelesapan haba yang cekap, komputer ini dilengkapi teknologi kipas AeroBlade dan gris haba besi cecair (liquid metal thermal grease).

Acer Predator Helios Neo 16 akan dijual dalam dua varian utama iaitu PHN16-71-77HU dan PHN16-71-54A6. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua varian:

Komputer ini boleh dibeli dari Acer eStore, Shopee dan Lazada. Pelanggan yang membelinya sebelum 8 Mei 2023 akan menerima hadiah bernilai RM900 seperti beg Predator Urban Gaming Backpack V2, tetikus Predator Cestus 330 Gaming Mouse, topi Predator Snapback Cap dan jaminan perlindungan Acer SuperCare 2 selama tiga tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version