Site icon TechNave BM

Acer Swift 3, Swift 5, TravelMate P2 dilancar di Malaysia dengan CPU Tiger Lake bermula RM2,699

Terkini, Acer telah melancarkan beberapa peranti komputer terbaru di pasaran Malaysia. Antaranya adalah barisan komputer riba yang dilengkapi pemproses Intel Core Generasi Ke-11 baharu (nama kod Tiger Lake) dan beberapa spesifikasi menarik bermula pada harga RM2,699.

Acer Swift 3, Acer Swift 5 dan Acer TravelMate P2 adalah komputer riba yang berlainan spesifikasi untuk keperluan yang berbeza. Anda boleh menyemak spesifikasi dan harga ketiga-tiga komputer riba yang berbeza seperti di bawah.

Acer Swift 5

Acer Swift 5 direka khas dengan skrin yang diliputi kaca Antimicrobial Corning Gorilla untuk mengurangkan pembiakan mikro organisma pada skrin anda. Menurut Acer, komputer riba ini mampu bertahan sehinnga 15 jam dalam satu kali pengecasan.

Terdapat juga Microsoft Office Home & Student 2019 yang telah dipra-pasang pada komputer riba untuk kemudahan pengguna.

Acer Swift 3

Acer Swift 3 dilapor mampu bertahan sehingga 11 jam dan hadir bersama sokongan cas pantas 30 minit yang mampu beri tontonan video sehingga 4 jam. Ia turut hadir dengan tiga pilihan warna dan telah dipra-pasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019.

Acer TravelMate P2

Komputer riba tahan lasak dari Acer ini hadir dengan ciri keselamatan seperti pengimbas cap jari, Trusted Platform Module (TPM) 2.0 dan Windows Hello. Ia boleh didapati dengan hanya satu pilihan warna sahaja bermula pada harga RM2,699.

Untuk menyemak spesifikasi lanjut komputer riba, anda boleh ke pautan ini atau terus ke pautan rasmi laman web Acer Malaysia. Pembelian komputer riba baharu ini sebelum 25 Disember melayakkan anda mendapat peluang menang hadiah (jumlah keseluruhan RM30,000). Dari 1 Disember hingga 26 Disember, Acer akan memilih seorang pemenang bertuah setiap hari untuk memiliki hadiah percuma. Pemenang akan diumum pada Facebook Acer Malaysia atau di pautan ini.

Adakah anda berminat dengan komputer riba baharu ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version