Site icon TechNave BM

Acer Swift 3X dan Aspire 5 dilancar di Malaysia: Komputer riba dengan Intel 11th Gen bermula RM2,799

Acer Malaysia hari ini mengumumkan dua komputer riba baharu iaitu Acer Swift 3X dan Acer Aspire 5. Kedua-dua komputer multimedia ini dilengkapi pemproses Intel Core generasi ke-11 dan dijual pada harga bermula RM2,799.

Acer Swift 3X dikhaskan untuk mereka yang sering melakukan kerja-kerja kreatif seperti ahli fotografi, penyunting video dan YouTuber. Daripada segi spesifikasi dalaman, ia dilengkapi pemproses grafik Intel Iris Xe MAX, RAM LPDDR4X sehingga 16GB, SSD PCIe NVMe 512GB.

Skrinnya pula adalah paparan IPS Full HD berukuran 14 inci dengan gamut warna 72% NTSC. Bagi menghasilkan warna yang tepat, ia mempunyai teknologi Acer ExaColor untuk warna mirip sRGB dan Acer Color Intelligence untuk melaraskan nilai gamma dan kepekatan (saturation) sewaktu penggunaan. Komputer ini turut mempunyai paip haba tembaga D6 untuk pengaliran haba yang lebih cekap serta bateri yang boleh tahan selama 17.5 jam.

Sementara itu, Acer Aspire 5 pula dilengkapi pemproses grafik NVIDIA GeForce MX350, RAM 4GB dan storan SSD PCIe NVMe 512GB. Ia terdapat dalam dua varian skrin iaitu 14 inci dan 15.6 inci. Buat pelanggan yang inginkan storan lebihan, anda boleh membeli pakej naik taraf HDD.

Kedua-dua komputer ini akan didatangkan dengan perisian Microsoft Office Home & Student 2019. Pelanggan yang membelinya sebelum 31 Disember 2020 layak menerima pelbagai hadiah percuma termasuk kredit Touch n Go eWallet bernilai RM100. Berikut adalah harga untuk kedua-dua komputer:

KomputerHarga
Acer Swift 3X – Core i7, RAM 16GBRM4,599
Acer Swift 3X – Core i5, RAM 8GBRM3,799
Acer Aspire 5RM2,799

Layari laman web Acer Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pembelian komputer-komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version