Site icon TechNave BM

Acer TravelMate Spin P4 dan ConceptD 7 dilancar di Malaysia: Komputer riba 360° profesional bermula RM5,399

Acer Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah komputer riba baru untuk kegunaan profesional dan perniagaan iaitu Acer TravelMate Spin P4 yang mempunyai engsel khas, membenarkan skrin komputer ini untuk dilipat 360°. Ini membuatkan TravelMate Spin P4 boleh digunakan dalam tiga kaedah iaitu secara komputer riba biasa, tablet atau khemah (tent).

TravelMate Spin P4 dilengkapi cipset Intel Core i7 atau i5 generasi ke-11, unit pemproses grafik (GPU) Intel Iris Xe, bateri yang boleh tahan sehingga 13.5 jam, port USB-C dan DisplayPort. Ia akan dijual pada harga RM5,399 untuk varian Core i7 dan RM4,699 untuk varian Core i5.

Buat golongan profesional yang berada dalam industri kreatif, anda mungkin lebih berminat kepada siri Acer ConceptD yang dikhaskan untuk penghasilan karya seni, animasi dan penjanaan imej komputer. Acer Malaysia telah meluaskan lagi pilihan produk dalam siri tersebut, dengan model ConceptD 7 dan ConceptD 3.

ConceptD 7 Ezel Pro menampilkan pemproeses Intel Xeon, NVIDIA Quadro RTX 5000, skrin 4K UHD IPS berukuran 15.6 inci yang mempunyai pengiktirafan Delta E<2 dan Adobe RGB 100%, RAM 32GB dan SSD PCIe NVMe 2TB.

ConceptD 7 Ezel Pro akan dijual pada harga RM17,099 untuk varian Intel Core i7 dan RM26,099 untuk varian Intel Xeon. Buat mereka yang menginginkan varian lebih rendah lagi, Concept D 7 Pro akan dijual pada harga RM13,099.

Sementara itu, ConceptD 3 Ezel Pro pula dilengkapi skrin 15.6 inci FHD PANTONE-Validated yang meliputi gamut warna sRGB 100% dan Delta E<2, Intel Core i7-10750H, RAM 16GB, SSD PCIe 512GB dan GPU NVIDIA Quadro T1000. ConceptD 3 pula dilengkapi GPU NVIDIA GTX 1650Ti.

ConceptD 3 Ezel Pro bersama stilus Acer Active Pen akan dijual pada harga RM9,999, ConceptD 3 Pro pada harga RM8,299 dan ConceptD 3 pada harga RM7,299.

Layari laman web Acer Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana komputer riba di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version