Site icon TechNave BM

Acer umum monitor AOpen baru lebih berpatutan di Malaysia: 165Hz bermula RM599!

Sementara individu di seluruh dunia masih lagi mengadaptasi norma baharu bekerja atau belajar dari rumah, Acer kini memberi initiatif dengan mengumumkan beberapa monitor baharu, bersama penawaran harga yang berpatutan. Siri monitor AOpen baharu ini terdiri daripada; AOpen 32HC5QR dan monitor gaming AOpen 24MV1YP.

Kedua-dua monitor ini menyokongan pandangan sudut sehingga 178º, teknologi BlueLightShield dan kadar segar semula sehingga 165Hz.

AOpen 32HC5QR hadir dengan panel FHD VA 31.5 inci dengan kadar lengkung 1800R, bersama masa tindak balas G ke G 5ms. Manakala AOpen 24MV1YP memiliki panel FHD VA berukuran 23.8 inci yang menyokong 1ms Turbo Visual Response (TVR).

Sempena kehadirannya, pembelian kedua-dua monitor ini di kedai rasmi Lazada dan Shopee terpilih layak membawa pulang hadiah percuma seperti yang dinyatakan di bawah atau anda boleh membelinya dengan harga murah pada tarikh terpilih. Senarai pengedar sah Acer yang menawarkan promosi ini juga boleh didapati di bawah.

Kedai rasmi Acer/pengedar sah Acer yang menawarkan promosi:

  1. Acer Official Store
  2. Just IT (Shopee)
  3. Viewnet (Shopee)
  4. Notebook Plaza (Shopee)
  5. Aone Plus (Lazada)
  6. Notebook Plaza (Lazada)
  7. Acer Estore

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version