Site icon TechNave BM

Acer umum tangguhkan Liga Predator Asia Pasifik 2020 di Manila akibat Coronavirus

Acer mengumumkan bahawa kejohanan Liga Predator Asia Pasifik 2020 telah ditangguhkan demi mengutamakan kesihatan peserta, kakitangan serta penonton. Syarikat itu memberitahu sebanyak 20,000 tiket telah dijual untuk Kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Manila, Filipina pada 19 – 23 Februari .

Acer telah membuat satu keputusan dengan menunda acara gemilang tahunan Asia Predator League ini pada bulan Jun atau Julai 2020 dan akan dimaklumkan kelak. Syarikat itu juga akan terus memantau secara terperinci keadaan Coronavirus (2019-nCoV) sehingga ianya reda.

Seperti yang kita tahu, Acer telah lama berkomitmen untuk pembangunan esports dan secara aktif mengambil bahagian serta menyokong acara-acara antarabangsa. Mereka juga menjadi tuan rumah Kejohanan Asia Pacific Predator League Esports selama dua tahun.

Kemas kini tentang peraturan dan perubahan jadual kejohanan akan diumumkan dilaman web rasmi Acer serta maklumat tentang penggunaan semula tiket atau bayaran balik. Para peserta akan dihubungi secara langsung dengan notis mengenai kemas kini penting serta tarikh baru yang dimaklumkan semula.

Teruskan bersama kami di TechNave BM untuk kemas kini keputusan serta maklumat selebihnya dari Acer mengenai acara gemilang ini.

Exit mobile version