Site icon TechNave BM

Acerpure perkenalkan CLEAN V2 dan COZY HF1, pembersih hampagas dan kipas mudah alih bermula RM199

Acer Malaysia memperluaskan barisan produk Acerpure dengan pelancaran pembersih hampagas wayarles Acerpure CLEAN V2 dan kipas mudah alih Acerpure COZY HF1. Acerpure CLEAN V2 kini tampil dengan reka bentuk lebih ringan (1.37kg) dan Mod Haiwan Peliharaan serba baharu.

Menariknya, ia dilengkapi dengan Berus Bulu Haiwan Peliharaan yang membolehkan pengguna membersihkan bulu dengan menggunakan peralatan khas. Sistem penapis siklon 5 langkah, penyedut berkuasa 20,000Pa dan teknologi bebas rambut dengan gigi berus berbentuk V memastikan pembersihan lebih menyeluruh tanpa risiko bulu atau rambut tersangkut.

Aksesori praktikal seperti pelepas bakul sampah satu sentuhan, penapis HEPA boleh dibersihkan dan lampu LED terbina dalam memudahkan kerja pembersihan. Acerpure CLEAN V2 kini ditawarkan pada harga RM1,299 melalui eKedai Acer, kedai rasmi di Shopee, Lazada dan pengedar sah di seluruh negara.

Acer turut memperkenalkan Acerpure COZY HF1 iaitu kipas mudah alih berkecepatan tinggi 13,000 RPM yang dilengkapi pilihan tahap kelajuan angin dan larasan sudut 180°. Bateri terbina dalam menyokong penggunaan sehingga 6 jam dan dicas melalui USB-C. Produk ini ditawarkan pada harga RM199 melalui saluran jualan sama.

Bermula 23 Julai hingga 6 Ogos 2025, Acer Malaysia menawarkan harga promosi:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk baharu yang Acer tawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version