Site icon TechNave BM

Acuan model siri iPhone 12 terdedah, seperti rekaan rata iPad Pro

Untuk pengetahuan anda, acuan telefon pintar bukan dicipta sewenang-wenangnya. Biasanya, acuan ini direka khas oleh syarikat pihak ketiga mungkin untuk penghasilan kerangka telefon. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan acuan siri iPhone 12, sekaligus mempamerkan reka bentuk siri tersebut.

Jika anda masih tidak tahu, siri iPhone 12 mungkin bakal dilancarkan pada September ini. Acuan siri iPhone 12 tersebut memperlihatkan reka bentuk rata seperti iPad Pro. Selain itu, acuan ini juga kelihatan selari dengan khabar angin varian iPhone 12 yang terdiri daripada iPhone 12 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci.

Melalui acuan tersebut, terdapat juga imej CAD yang direka oleh sumber. Namun, imej CAD rekaan ini tidak memperlihatkan kamera 3D termasuk ciri LiDAR.

Perlu diingatkan bahawa khabar berita ini bukanlah khabar berita rasmi. Namun, apakah pandangan anda terhadap siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version