Site icon TechNave BM

Adakah anda akan beli telefon Xiaomi harga cecah RM6,000? – CEO Xiaomi

Jenama Xiaomi terkenal dengan perantinya yang ditawarkan dengan harga berpatutan walaupun bersama spesifikasi baik. Jenama ini turut mengeluarkan peranti kelas andalan, namun harganya tidak setinggi peranti kelas andalan beberapa jenama lain. Persoalannya, adakah anda akan membeli peranti andalah Xiaomi bernilai mencecah RM6,000?

Persoalan sebegini rupa bangkit melalui siaran oleh CEO Xiaomi sendiri di laman Weibo. Beliau mengajukan soalan; jika Xiaomi mengeluarkan peranti andalan bernilai 10,000 Yuan (~RM6,765), adakah anda akan membelinya? Menurut sumber, soalan dari CEO Xiaomi mempunyai makna tersembunyi, iaitu petanda mengenai kehadiran telefon lipat Xiaomi.

Terdahulu, Xiaomi sudah beberapa kali dilapor merancang untuk mengeluarkan telefon lipat sendiri. Gambar yang dipercayai adalah telefon lipat Xiaomi juga pernah tular di media. Xiaomi sebenarnya pernah menjual peranti dengan harga sekitar ~RM6,000 iaitu Mi MIX Alpha.

Apakah pandangan anda sekiranya benar peranti mencecah RM10,000 itu adalah telefon lipat pertama Xiaomi? Adakah anda akan membelinya? Beritahu komen anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version