Site icon TechNave BM

Adakah Google akan melancarkan Pixel 4a 5G dan Pixel 5 5G kelak?

Google dijangkakan akan melancarkan Pixel 4a pada hari ini, namun berita tentang telefon pintar Google yang seterusnya sudah pun muncul di Twitter. Dua telefon tersebut ialah peranti 5G Pixel 4a 5G dan Pixel 5 5G.

Pixel 5 5G mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 765G, menjadikannya telefon kelas pertengahan. Untuk Pixel 4a 5G pula, ia akan dilengkapi cipset yang lebih rendah berbanding Pixel 5 5G dan mempunyai skrin lebih besar daripada Pixel 4a biasa.

Kedua-dua peranti dijangkakan akan dilancar pada bulan Oktober dengan harga bermula USD499(~RM2,107). Walau bagaimanapun ini bukanlah maklumat rasmi dan sekadar maklumat awal daripada sumber internet.

Beritahu kami pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ishan Agarwal Twitter

Exit mobile version