Site icon TechNave BM

Adakah hayat bateri Samsung Galaxy Z Flip4 lebih baik daripada Galaxy Z Flip3?

Sejak telefon pintar lipat Samsung Galaxy Z Flip4 dilancar, perkara yang paling dibimbangi oleh semua orang berkenaan peranti ini adalah hayat baterinya. Lagipun, telefon sebelumnya iaitu Galaxy Z Flip3 mempunyai kapasiti 3,300mAh sahaja yang memang sedikit daripada segi hayat bateri.

Kali ini, kapasiti bateri untuk Galaxy Z Flip4 telah dinaikkan kepada 3,700mAh, manakala cipsetnya pula adalah Snapdragon 8+ Gen 1 yang menawarkan penggunaan bateri yang lebih cekap dan tahan lama. Sekarang saya ingin menguji hayat bateri Galaxy Z Flip4 untuk penggunaan satu hari penuh dan melihat sejauh mana penambahbaikan bateri untuk telefon Flip kali ini.

Penggunaan pada siang hari – Boleh sertai panggilan video untuk kerja dan bermain “game”

Untuk sebuah telefon bimbit, ia memang tidak boleh dipisahkan daripada keperluan sewaktu bekerja. Seperti kerja saya sebagai penulis juga, telefon digunakan untuk berhubung dengan rakan-rakan sekerja serta mengambil gambar. Lagipun, kadang-kala kita ingin berehat sambil bermain permainan video juga kan?

Pertama kali, saya telah menggunakan Galaxy Z Flip4 untuk menyiapkan kerja penyuntingan teks dan seperti yang dijangka, ini bukanlah aplikasi yang banyak menggunakan tenaga. Di samping menyunting dan menulis teks, saya juga banyak mengambil gambar dengan kamera Galaxy Z Flip4. Walaupun dengan gabungan dua tugas ini, Galaxy Z Flip4 masih tidak menggunakan terlalu banyak tenaga.

Senang untuk menaip seperti ini
Bermain Mobile Legends pada waktu lapang
Saya sempat mengambil beberapa gambar rakan sekerja saya sewaktu rehat tengah hari

Daripada segi permainan video, penggunaan kuasa Galaxy Z Flip4 agak tinggi namun penjanaan haba padanya tidak begitu serius. Selepas bermain beberapa game, Galaxy Z Flip4 hanya menggunakan 8% daripada hayat bateri. Kemudian, saya menggunakan Galaxy Z Flip4 untuk memainkan YouTube Music semasa bekerja dan ia masih mempunyai 54% kuasa yang cukup untuk tujuh jam.

Masih ada baki 54% selepas kerja selesai

Penggunaan pada malam hari – Berapa lama bateri 3,700mAh ini boleh bertahan?

Sebaik sahaja saya pulang ke rumah, sudah tentu saya ingin berehat dengan bermain game. Saya lebih gemar bermain game dengan menyambungkan telefon Galayx Z Flip4 pada controller luaran untuk memudahkan kawalan.

Controller ini digabungkan dengan USB-C, bukan Bluetooth

Pada waktu ini, saya terus bermain game selama hampir sejam daripada 9:30 malam, kemudian menonton video YouTube dan melakukan tindakan lain. Menjelang 10:40 malam, bateri telefon ini masih mempunyai hayat 38%. Walaupun selepas penggunaan selama 13 jam, baki 38% yang masih ada ini adalah sangat menggalakkan dan saya amat berpuas hati dengan prestasi baterinya.

Masih mempunyai baki 38% pada hujung hari
Saya sebenarnya menghidupkan YouTube Music pada Galaxy Z Flip4 sepanjang waktu saya bekerja
Terus menjadi sebuah pembesar suara mini apabila ia dilipat

Jika anda sedang mempertimbangkan Samsung Galaxy Z Flip4, saya berharap artikel ini boleh membantu anda menggambarkan penggunaan hayat bateri dalam telefon lipat ini. Bermula daripada hari ini hingga 30 November 2022, setiap pembelian Galaxy Z Flip4 akan menerima diskaun sebanyak RM400 serta hadiah percuma termasuk Samsung Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm), perlindungan Samsung Care+ selama dua tahun dan gantian pelindung skrin sebanyak tiga kali.

Layari laman web Samsung Malaysia atau lawati cawangan rasmi dan pengedar sah untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Z Flip4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version