Site icon TechNave BM

Adakah ini pilihan warna untuk Samsung Galaxy S21?

Telefon pintar flagship seterusnya oleh Samsung yang mungkin dinamakan Samsung Galaxy S21, diramal akan dilancar lebih awal berbanding bulan Februari yang sering berlaku untuk pelancaran Galaxy S sebelum ini. Beberapa khabar awal tentang peranti tersebut sudah pun muncul dan kini maklumat tentang warnanya pula telah tiba.

Menurut sumber, Galaxy S21 akan ditawarkan dalam warna putih, emas, ungu dan kelabu manakala permukaannya pula mempunyai sudahan kusam (matte) seperti pada Galaxy S20 FE.

Sebelum ini, bonggol kamera dalam S21 juga dilaporkan akan mempunyai rekaan unik, di mana kilauan warna yang terdapat pada permukaan kamera adalah sepadan dengan warna badan telefon.

Siri Galaxy S21 dijangka akan terdiri daripada varian Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra serta dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 875 dan Samsung Exynos 1000. Kongsi pendapat anda tentang khabar Galaxy S21 ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version