Site icon TechNave BM

Adakah ini rupa Mi 11 Pro?

Selepas Mi 11 dilancarkan pada akhir tahun lalu, Mi 11 Pro pula dikhabarkan akan dilancar pada bulan Februari bersama pelancaran antarabangsa untuk Mi 11. Kini seorang pengkhabar berita di Twitter telah memuat naik sebuah gambar konsep yang menunjukkan rupa Mi 11 Pro berdasarkan maklumat yang telah tertiris setakat ini.

Gambar oleh Ben Geskin itu menunjukkan rupa belakang Mi 11 Pro yang dilengkapi empat kamera, di mana bonggolnya mempunyai rekaan mirip bonggol kamera Mi 11. Keempat-empat kamera mempunyai saiz lensa yang sama, berlainan dengan kamera Mi 11 yang mempunyai lensa makro yang lebih kecil berbanding lensa utama dan lensa ultra-lebar.

Daripada segi skrin hadapan, ia nampak sama dengan Mi 11. Gambar Ben Geskin ini agak berlainan dengan gambar yang dimuat naik dalam Weibo sebelum ini, namun kedua-dua gambar menunjukkan empat kamera dengan saiz lensa yang sama di belakang.

Kongsi pendapat anda tentang gambar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version