Site icon TechNave BM

Adakah Lenovo baru sahaja mendedahkan CPU AMD Ryzen 9?

Semasa CES 2020 pada bulan lepas, salah satu berita yang menarik adalah pengumuman processor Ryzen 4000 Mobile oleh AMD. Ketika itu, beberapa anggapan muncul tentang AMD yang mungkin menghasilkan CPU mudah alih yang lebih tinggi daripada Ryzen 3, 5 dan 7. Dalam pendedahan baru-baru ini, sebuah komputer riba Lenovo mungkin bakal hadir dengan CPU Ryzen 9.

Menurut Wccftech, laman web Lenovo Jerman mempunyai halaman untuk produk komputer riba Yoga Slim 7 yang menyenaraikan CPU ‘Up to AMD Ryzen 9’. CPU Ryzen 9 ini dipercayai adalah CPU Ryzen 9 4900U, varian dengan TDP rendah yang biasanya digunakan untuk komputer riba tiris seperti siri Lenovo Yoga. Berkenaan spesifikasi, kita semua sedia tahu yang CPU mudah alih Ryzen 7 4800 adalah dengan 8-core 16-thread beroperasi pada kelajuan maksimum 4.2GHz dan sekaligus menandingi Intel i7-9700K.

Anda perlu tahu bahawa ini adalah spekulasi mentah yang terkini sahaja kerana AMD masih belum mengumumkan CPU mudah alih Ryzen 9 siri 4000. Dijangkakan ia bakal memiliki nombor core dan thread yang sama pada CPU, tetapi masih tiada berita mengenai kelajuan clock atau TDP. Apa pun, jika CPU ini wujud, AMD sememangnya bakal menggegarkan dunia PC mudah alih.

Sebaik manakah CPU mudah alih AMD Ryzen 9 siri 4000 akan berfungsi? Adakah ia akan berfungsi dengan baik atau muncul dengan harga yang mahal? Beritahu kami pendapat anda di laman Facebook dan nantikan berita teknologi seterusnya di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version