Site icon TechNave BM

Adakah OnePlus akan melancarkan sebuah telefon pintar lipat?

Pada waktu ini, pelbagai jenama telefon pintar telah melancarkan telefon lipat mereka sendiri seperti Samsung, Xiaomi, HUAWEI, Motorola, HONOR dan OPPO. Kini, OnePlus juga dilihat mungkin akan turut melancarkan sebuah telefon lipat pada masa akan datang.

Pengasas OnePlus, Pete Lau, telah berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan seperti engsel lipat untuk telefon pintar. Beliau mungkin ingin mengacah para peminat OnePlus bahawa syarikat itu bakal melancarkan sebuah peranti lipat pada masa akan datang.

Mekanisme itu nampak seperti engsel pada OPPO Find N. Memandangkan OnePlus kini berada di bawah naungan OPPO, tidak mustahil untuk engsel Find N digunakan dalam telefon lipat OnePlus. Pada awal tahun ini, terdapat khabar mengatakan OnePlus bakal melancarkan telefon lipat yang dijenamakan semula daripada Find N.

Adakah anda ingin lihat OnePlus melibatkan diri dalam industri telefon lipat? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version