Site icon TechNave BM

Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model pertengahan berharga sekitar sekitar RM3,000 hingga RM6,000. Trend penurunan harga ini didorong oleh perkembangan teknologi perkakasan yang semakin stabil dan inovatif dalam industri berkenaan.

Peranti ini digunakan secara meluas untuk menghasilkan komponen plastik harian seperti engsel, pemegang, penutup dan penyesuai serta pencetakan aksesori permainan papan seperti patung karakter dan struktur kawasan. Bagi pembuatan patung bersaiz kecil dan terperinci, pencetak jenis resin menjadi pilihan utama manakala pencetak filament lebih sesuai untuk struktur binaan yang lebih besar.

Peranti turut digunakan oleh perniagaan kecil untuk menghasilkan prototaip produk secara pantas tanpa perlu menanggung kos penghantaran luar. Model terkini dilengkapi pelbagai ciri moden seperti sistem kalibrasi tapak automatik, kebolehan mencetak menggunakan pelbagai jenis filament dan kelajuan cetakan yang lebih tinggi berbanding model terdahulu.

Sesetengah model baharu turut didatangkan dengan kamera pemantau untuk mengesan kegagalan proses cetakan lebih awal bagi mengelakkan pembaziran bahan. Meski begitu, pembeli masih perlu mengambil kira kos sampingan seperti bahan filament atau resin yang bernilai sekitar RM30 hingga RM250 selain alat ganti seperti muncung penembak, perkakas khas, perisian pemotong (slicer) dan reka bentuk berbayar.

Pengguna juga perlu menguasai pengetahuan teknikal berkaitan tetapan suhu, kelekatan tapak, arah cetakan dan penyelenggaraan mekanagikal untuk mengelakkan cetakan rosak. Pada pandangan anda, apa sebab utama kita perlu memiliki pencetak 3D? Dan yang paling penting, berbaloikah?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version