Site icon TechNave BM

Adakah Samsung Galaxy M14 5G telefon terbaik untuk harga sekitar RM700?

Pada bulan Mei lalu, Samsung Malaysia telah melancarkan model telefon pintar mampu milik yang terbaru iaitu Samsung Galaxy M14 5G. Dengan harga yang sangat berpatutan, telefon ini dilengkapi rekaan yang kemas serta spesifikasi yang lengkap untuk kegunaan seharian.

Sungguh pun begitu, Galaxy M14 5G bukanlah satu-satunya telefon pintar mampu milik dalam pasaran, jadi untuk harga sekitar RM700, adakah ia merupakan pilihan yang terbaik untuk anda? Ayuh baca lebih lanjut untuk mengetahui ciri-ciri telefon ini dengan lebih mendalam.

Rekaan ringkas dan elegan

Walaupun Samsung Galaxy M14 5G merupakan sebuah telefon bajet, ia masih mempunyai rekaan yang sangat menarik dan setaraf dengan telefon kelas pertengahan yang lebih mahal. 

Benar, ia mempunyai badan dan rangka yang dibuat daripada plastik, namun satu ciri yang unik adalah ia masih mempunyai permukaan yang berkilauan di belakang untuk memberikan penampilan yang lebih elegan dan membuatnya nampak seperti kaca.

Bonggol kamera nipis dengan tiga lensa

Bonggol kameranya pula terdiri daripada tiga bulatan kecil dan sangat nipis, jadi anda boleh meletakkan telefon ini dengan rata di atas meja dan apabila memasukkannya ke dalam poket seluar, ia rasa lebih selesa pada paha. Di bahagian sisi, ia mempunyai rangka yang melengkung (curved) supaya ia lebih selesa untuk digenggam berbanding sisi dengan sudut yang tajam.

Sebuah pengimbas cap jari yang turut berfungsi sebagai butang kuasa terdapat di bahagian kanan, manakala di bawah pula terdapat bicu audio 3.5mm, port USB-C dan pembesar suara mono. Secara keseluruhan, Galaxy M14 5G mempunyai rekaan yang menawan untuk sebuah telefon kelas permulaan.

Spesifikasi dan prestasi setaraf dengan telefon yang lebih mahal

Pada pendapat saya, spesifikasi dalaman Galaxy M14 5G yang membuatkannya lebih berbaloi dengan telefon lain pada harga serupa. Di hadapan, ia mempunyai skrin LCD berukuran 6.6 inci dengan resolusi FullHD+ (1080×2408). Skrin ini menghasilkan warna yang pekat dan terang untuk tontonan media, saya amat berpuas hati sewaktu menonton video YouTube.

Di samping itu, skrin ini juga mempunyai kadar segar semula 90Hz yang menghasilkan animasi lancar sewaktu pengguna berinteraksi dengan skrin ini. Ini akan membuatkan telefon ini rasa seperti telefon yang lebih mahal dengan prestasi lebih pantas.

Warna yang pekat pada skrin Galaxy M14 5G

Satu lagi perkara menarik untuk telefon ini adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 6,000mAh, setaraf dengan telefon gaming tercanggih pada waktu ini dan lebih besar daripada kebanyakan telefon kelas pertengahan. Dengan kapasiti sebesar ini, saya yakin ia boleh bertahan selama dua hari dengan penggunaan biasa.

Sewaktu mengecas, telefon ini boleh menyokong kadar pengecasan pantas 25W yang boleh mengecas penuh dalam masa kurang dari dua jam.

Daripada segi memori, ia hanya mempunyai storan 128GB dan RAM 6GB sahaja. Storan ini mungkin dianggap kecil untuk 2023, namun anda boleh besarkannya dengan kad memori microSD sehingga 1TB.

Untuk sistem operasi, telefon ini dilengkapi Android 13 dengan sistem antara muka One UI 5.1. Satu perkara yang saya puji Samsung adalah Galaxy M14 5G bakal menerima kemas kini keselamatan selama empat tahun supaya anda boleh menggunakan telefon ini dengan lebih lama berbanding telefon bajet jenama lain.

Saya juga telah bermain beberapa game dengan Galaxy M14 dan saya berpuas hati dengannya. Ia dilengkapi cipset Exynos 1330 dan benar, ia tidak boleh menjana prestasi pantas dengan kadar bingkai yang tinggi. Namun jika anda hadkan kepada tetapan grafik minimum sahaja, anda sudah boleh bermain kebanyakan game popular dengan lancar. Apabila digabungkan dengan kapasiti bateri yang besar, anda boleh bermain game dengan tempoh yang lama.

Boleh mainkan COD Mobile dengan lancar
PUBG Mobile pun mantap!

Kini mari kita beralih kepada kameranya pula. Galaxy M14 mempunyai kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Untuk sebuah telefon bajet, telefon ini boleh mengambil gambar yang cantik dalam pelbagai situasi, termasuklah dalam suana yang malap. Ia menawarkan pelbagai fungsi fotografi seperti potret, makro dan mod malam.

Di hadapan pula, ia mempunya kamera swafoto 13MP yang diletakkan dalam takuk (notch) di atas skrin. Berikut adalah beberapa contoh gambar daripada kamera telefon ini. 

Jadi adakah Samsung Galaxy M14 5G telefon bajet yang paling berbaloi dalam pasaran sekarang? Sewaktu ia dilancar, harga pasarannya adalah RM1,099 dan pada harga tersebut, sukar untuk saya katakan sedemikian.

Sungguh pun begitu, Samsung Malaysia akan menawarkan harga khas untuk Samsung Galaxy M14 5G pada 24 Jun 2023 sahaja, iaitu RM737.10! Dengan harga sedemikian, saya boleh katakan bahawa ini adalah telefon yang paling berbaloi untuk mereka yang sedang mencari telefon tanpa perlu berbelanja besar.

Tawaran ini boleh didapati dari Lazada untuk warna biru gelap (Dark Blue) atau biru terang (Light Blue). Untuk mendapatkan diskaun ini, anda perlu masukkan kod SAMM14S5G sewaktu membuat pembayaran.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version