Site icon TechNave BM

Adidas GMR direka dengan sensor penjejakan serta mampu menghubungkan aplikasi ke akaun Mobile FIFA anda

Banyak syarikat telah menggunakan sistem sensor IoT untuk mencipta sesuatu yang menarik sejak kebelakangan ini, tetapi satu teknologi baru-baru ini telah diumumkan dengan menunjukkan bagaimana ciri-ciri yang terdapat pada barangan tersebut. Menurut Footy Headlines, Adidas Jepun telah mencipta sensor penjejakan baru yang dimasukkan ke dalam kasut.

Adidas Jepun menggelar sebagai Adidas GMR, dimana sepasang cip Google Jacquard yang dimasukkan ke dalam tapak kasut. Ia membuatkan si pemakai dapat menjejaki seperti sentuhan, kawalan, kelajuan, dan tendangan semasa bermain bola sepak. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Adidas GMR (Android dan iOS) untuk memeriksa statistik yang telah direkodkan.

Sumber gambar dari Footy Headlines

Selain itu, ia juga mungkin menghubungkan aplikasi ke akaun Mobile FIFA anda. Mereka yang membeli Adidas GMR akan mendapat kod digital yang membolehkan anda membuka kunci Paulo Dybala di FIFA Mobile. Adidas dijangka akan melancarkannya pada 10 Mac 2020.

Adakah anda berminat dengan keupayaan pengesanan seperti itu pada kasut anda? Teruskan bersama TechNave BM untuk berita mengenai Adidas GMR ini.

Sumber : Footy Headlines

Exit mobile version