Site icon TechNave BM

Adobe Flash Player ditamatkan oleh Adobe secara rasmi hari ini

Perkhidmatan Adobe Flash Player yang terkenal dengan pelbagai jenis kandungan internet pada era 2000-an, akhirnya telah ditamatkan secara rasmi pada 31 Disember 2020. Adobe Flash terkenal sebagai sebuah platform perisian yang membenarkan sesiapa sahaja untuk mencipta kandungan multimedia seperti permainan video, animasi dan video.

Dalam sebuah pengumuman pada awal bulan ini, Adobe mengatakan Flash akan ditamatkan pada 31 Disember dan berterima kasih kepada semua pengguna yang telah menggunakan platform tersebut selama lebih 20 tahun. Demi menjaga keselamatan, Adobe juga menasihati pengguna untuk membuang perisian Adobe Flash daripada komputer mereka.

Adobe sudah pun mensihati pengguna untuk menggunakan platform yang lebih kukuh seperti HTML5. Kongsi kenangan anda bersama Adobe Flash Player di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version