Site icon TechNave BM

AEON Bank akan dilancar pada 26 Mei 2024 sebagai bank digital Islamik pertama di Malaysia

Sejak 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan lesen perbankan digital kepada lima bank digital yang beroperasi dalam negara dan salah satu daripadanya adalah AEON Bank iaitu bank digital Islamik pertama di Malaysia.

Ini bermaksud ia menawarkan perkhidmatan perbankan yang patuh Syariah dan memathui prinsip perbankan Islam. Ia bakal dilancar secara rasmi untuk para pengguna awam pada hari Ahad, 26 Mei 2024, namun anda sudah boleh memuat turun aplikasi AEON Bank daripada Google Play Store atau Apple App Store sekarang.

Bank ini menawarkan beberapa ciri menarik, seperti kebebasan untuk anda pilih sendiri empat digit terakhir dalam nombor akaun. Anda juga boleh dapatkan mata ganjaran AEON Points untuk setiap transaksi, penjimatan dan pemindahan wang.

Selain itu, ia juga akan disepadukan dengan lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan dalam ekosistem AEON.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan AEON Bank dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version