Site icon TechNave BM

AEON Bank kini merupakan bank digital patuh syariah pertama Malaysia

AEON Bank kini memulakan operasi sebagai bank digital patuh syariah pertama di Malaysia selepas mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan.

Untuk pengetahuan, AEON Credit adalah salah satu institusi kewangan bukan bank yang telah mempromosikan inklusi kewangan dengan menyediakan akses pembiayaan kepada individu yang tidak dapat mengakses pembiayaan kewangan.

AEON Bank bertujuan untuk memperluas komitmen tersebut dengan mengembangkan perkhidmatan kewangan kepada individu dan peniaga kecil yang tidak mempunyai akses kepada pembiayaan dan perkhidmatan kewangan lain.

Selain itu, AEON Bank juga akan memberi keutamaan kepada inisiatif literasi dan pendidikan kewangan untuk memberdayakan individu dan peniaga kecil dengan pengetahuan dan alat untuk membuat keputusan kewangan yang tepat.

AEON Bank mensasarkan pelancaran berfasanya pada separuh pertama tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version