Site icon TechNave BM

AEON menawarkan ‘Personal Shopper’ untuk membantu membeli barangan anda

Kami tahu dalam waktu Perintah Kalan Pergerakan ini, anda sebenarnya mempunyai kegusaran di hati untuk keluar membeli kelengkapan runcit seperti barang basah dan keperluan makanan. Kegusaran hati anda bakal tamat kerana AEON kini menawarkan perkhidmatan pembeli peribadi (personal shopper) yang akan membantu anda membeli barangan di pasaraya AEON!

Bagaimana? Mudah sahaja. Anda hanya perlu menempah senarai barangan anda kepada pembeli peribadi AEON, tunggu di dalam kereta atau mana-mana tempat menunggu, pembeli peribadi akan menghubungi anda jika pembelian sudah siap. Anda boleh membayarnya di kaunter yang ditetapkan.

Kami merasakan ini adalah usaha efektif daripada AEON untuk membantu rakyat Malaysia. Sudahkah anda mencubanya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang bakal memudahkan hari anda.

Sumber: AEON Retail Malaysia

Exit mobile version