Site icon TechNave BM

Agensi Keselamatan Amerika Syarikat bercadang untuk menyekat HONOR

Selepas HONOR keluar daripada HUAWEI, pelbagai kejayaan yang diperoleh termasuklah menjadi antara jenama terbaik dalam pasaran telefon pintar di China dan komputer ribanya dikatakan mempunyai prestasi yang cemerlang sehingga mendapat perhatian pelabur.

Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) sedang mengambil langkah untuk menyekat HONOR daripada memasuki pasarannya. Menurut The Washington Post, ahli jawatankuasa Pentagon dan Bahagian Sumber mencadangkan untuk meletakkan HONOR dalam penyenaraian hitam daripada berdagang dengan AS sama seperti yang dilakukan kepada HUAWEI.

Namun, Jabatan Kewangan dan Jabatan Negeri mengatakan bahawa langkah ini akan memberi kesan kepada ekonomi AS. Pemilik HONOR iaitu Zhixin New Information Technology mengatakan bahawa syarikatnya terbentuk hasil daripada dua pelabur yang disokong oleh China dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Shenzhen.

Oleh kerana HONOR bukanlah syarikat yang membuat bahan atau komponen nuklear, maka ianya merupakan langkah yang sia-sia bagi AS untuk menyekat HONOR daripada memasuki pasarannya. HONOR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tetapi kami mengharapkan syarikatnya untuk tidak terkesan dengan isu ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEn

Exit mobile version