Bekalan air yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur telah dilakukan pembaikan dan pulih 70 peratus sehingga jam 6 petang semalam. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air telah pulih di Petaling sehingga 100 peratus, Hulu Langat sehingga 78.5 peratus dan Kuala Lumpur sehingga 55.4 peratus.
Antara kawasan yang telah dipulihkan adalah Wilayah Hulu Langat (186), Kuala Lumpur (118) dan Petaling (3) selepas loji rawatan air (LRA) Sungai Langat dan Langat 2 beroperasi sepenuhnya.
Manakala kawasan lain yang turut terjejas akibat penutupan loji itu dijangka pulih sepenuhnya pada 11 malam esok. Kerja pembaikan masih dijalankan di LRA Cheras Batu 11 dan akan dilaporkan dengan segera. Lori tangki air masih bergerak ke kawasan terjejas di kawasan yang kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air.
Anda boleh merujuk melalui laman rasmi Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Hubungan Air Selangor di talian 15300 atau ke laman web Air Selangor untuk sebarang pertanyaan dan aduan.
Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Malaymail

