Site icon TechNave BM

AirAsia bakal tawar khidmat hantar barang melalui dron, perkhidmatan sedang diuji

Sebelum ini, beberapa negara sudah menembusi pasaran perkhidmatan penghantaran menggunakan dron. Terkini, AirAsia yang terkenal sebagai syarikat penerbangan berpatutan ingin menawarkan perkhidmatan menghantar barang melalui dron.

Menurut sumber, AirAsia bakal melancarkan Sandbox Penghantaran Melalui Dron di Kawasan bandar dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Sekreteriat Utama Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS).

Perkhidmatan ini bakal ditawarkan untuk pesanan dari platform e-dagang AirAsia termasuklah airasia shop. Setakat ini, ia masih berada dalam peringkat ujian oleh pengendali dron tempatan VStream Revolution Sdn Bhd dan Meraque Services Sdn Bhd.

Menurut Tony Fernandes, selain untuk memenuhi permintaan dari pelanggan dengan lebih cepat, perkhidmatan ini turut bakal membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Kongsikan pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Gambar dari AirAsia

Exit mobile version