Site icon TechNave BM

airasia food perkenalkan penghantaran makanan dari Pulau Pinang ke Lembah Klang

Hari ini, airasia food mengumumkan pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar yang membolehkan pengguna menikmati hidangan yang dipesan dari seluruh negara, termasuklah Pulau Pinang, dan dihantar terus ke depan pintu mereka. Perkhidmatan ini akan mula disediakan di kawasan tertentu di Lembah Klang bermula 15 Ogos.

Buka airasia Super App, klik pada ikon ‘Makanan’ (Food) dan mulakan pesanan. Anda mempunyai pilihan untuk memesan makanan sehingga 30 hari lebih awal. Antara pilihan hidangan yang disediakan melalui perkhidmatan tersebut termasuklah:

Halal

Tidak halal

Semua makanan akan dimasak dan diterbangkan dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minggu dengan bayaran penghantaran sebanyak RM5.99 bagi setiap pesanan. Tempahan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan.

Selain itu, airasia food turut menawarkan penerbangan percuma ke Langkawi untuk pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan tersebut sekurang-kurangnya 10 kali tertakluk kepada syarat berikut:

Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan penghantaran makanan airasia food di Instagram, Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: airasia

Exit mobile version