Site icon TechNave BM

AirAsia perkenal polisi baharu penggunaan “power bank” ketika dalam penerbangan

​AirAsia telah mengumumkan pengemaskinian polisi berkaitan penggunaan dan pengecasan power bank dalam penerbangan yang berkuat kuasa 1 April 2025. Langkah ini diambil selaras dengan standard keselamatan penerbangan global untuk mengurangkan risiko insiden berkaitan bateri semasa penerbangan.

Penumpang dibenarkan membawa power bank dengan kapasiti tidak melebihi 100 watt-jam (Wh) atau 20,000 milliampere-jam (mAh). Bagi power bank berkapasiti antara 100Wh hingga 160Wh, kelulusan daripada syarikat penerbangan diperlukan semasa daftar masuk.

Untuk memastikan keselamatan semua penumpang dan kru, AirAsia menetapkan garis panduan berikut:

AirAsia akan memaparkan peringatan keselamatan di kaunter daftar masuk serta mengukuhkan polisi ini melalui pengumuman semasa menaiki pesawat dan di dalam penerbangan. Kerjasama daripada semua penumpang dalam mematuhi peraturan yang diperbaharui ini amat dihargai untuk perjalanan yang lebih selamat dan selesa.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AirAsia

Exit mobile version