Site icon TechNave BM

airasia ride tawarkan diskaun harian sehingga RM6 untuk perjalanan pergi dan balik stesen KTM

airasia ride, platform e-hailing pada airasia Superapp mengumumkan bahawa ia menawarkan diskaun harian kepada penumpang untuk perjalanan ke dan dari 80 stesen KTM di seluruh negara. Bemula semalam hingga Ogos 2024, anda boleh mendapat diskaun RM3 untuk setiap perjalanan pergi dan balik stesen memberikan jumlah sehingga RM6 penjimatan setiap hari.

Dalam satu kenyataan, airasia ride mengumumkan promosi baharu itu selepas airasia Superapp dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) di KL Sentral semalam.

Sehubungan itu, penumpang yang ingin memulakan perjalanan seterusnya dengan perkhidmatan kereta api KTM Komuter, ETS atau KTM Intercity kini boleh pergi dan balik dengan pilihan lebih berpatutan yang menawarkan penjimatan lebih besar melalui perjalanan airasia. Untuk menikmati diskaun, pengguna hanya perlu klik pada ikon “Ride” pada airasia Superapp dan masukkan kod promo “KTMRIDE”.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini promosi oleh airasia Superapp, anda boleh mengikuti @airasiasuperapp di Instagram, Threads & TikTok atau @airasia di Twitter. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version