Site icon TechNave BM

airasia ride tawarkan kerja sepenuh masa kepada pemandu, pendapatan sehingga RM3,500

airasia ialah syarikat pertama yang melaksanakan pembukaan kerja sepenuh masa bagi seru pandu (e-hailing). Ia akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2022 di mana pemandu airasia ride boleh memohon untuk program pemandu sepenuh masa.

Menurut airasia, pemandu sepenuh masa boleh memperoleh pendapatan asas bulanan sehingga RM3,500 termasuk faedah bahan api. Selain itu, mereka juga boleh berpeluang memperoleh jumlah pendapatan sehingga RM8,000 dengan tambahan skim insentif pemandu.

Faedah pekerja lain juga termasuk KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan (termasuk ahli keluarga), cuti tahunan dan faedah perjalanan lain seperti kadar diskaun kakitangan untuk penerbangan airasia. Selain itu, pemandu sepenuh masa akan diberikan fokus utama untuk pengambilan dan penghantaran di lapangan terbang.

Semasa pengumuman itu, Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Captial A berkata bahawa beliau merasakan ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan kerana beliau menekankan untuk mengutamakan orang ramai. Untuk pengetahuan anda, penunggang penghantaran airasia juga mempunyai pekerjaan sepenuh masa.

Buat masa ini, airasia ride beroperasi di 11 lokasi di Malaysia dengan perkembangan terbaru ialah ia dilancarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Jika anda berminat untuk menjadi pemandu sepenuh masa, anda boleh mendaftar melalui borang pemandu sepenuh masa di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: airasia

Exit mobile version