Site icon TechNave BM

airasia Superapp lancarkan Payung Rahmah, kemudahan perjalanan dan ketersambungan mampu milik

airasia Superapp telah memperkenalkan tiga inisiatif sebagai sebahagian daripada sokongannya terhadap inisiatif Payung Rahmah untuk memudahkan perjalanan dan ketersambungan mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Inisiatif Payung Rahmah dengan airasia Superapp telah dilancarkan hari ini oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup semasa sidang media di ibu pejabat airasia Superapp di KL Sentral.

Inisiatif ini menawarkan promosi RM1 Airasia ride di lima kawasan terpilih iaitu Putrajaya dan Cyberjaya (sebagai satu kawasan gabungan), Bukit Bintang, Bandar Sunway, Bangsar South dan Mont Kiara. Promo ini boleh dipakai setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 12.00 tengah hari dan seterusnya serta untuk 3,000 tempahan pertama setiap hari (tertakluk kepada caj tempahan perjalanan minimum RM5).

Setiap tempahan promosi RM1 perjalanan akan layak untuk Pakej Rahmah ‘Ride, Fly & Stay’ di mana pengguna akan menerima kod promo RAHMAH50 untuk diskaun RM50 setiap tempahan hotel dan tempahan penerbangan melalui OTA (platform ejen pelancongan dalam talian) secara berasingan.

Visi airasia Superapp adalah untuk menyediakan pengalaman tempahan perjalanan yang lancar untuk setiap pengembara dari penerbangan, hotel, pengangkutan, pengalaman masakan, peruncitan perjalanan dan banyak lagi dalam satu aplikasi. Dalam pada itu, pengguna memperoleh dan menebus mata airasia untuk setiap transaksi dalam aplikasi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: airasia Newsroom

Exit mobile version