Site icon TechNave BM

Airbnb kini tetapkan larangan penggunaan CCTV dalam rumah

Airbnb yang merupakan peneraju dalam industri inap desa, baru-baru ini mengumumkan dasar privasi baharu yang mengenakan sekatan ketat terhadap penggunaan kamera dalam rumah/bangunan. Peraturan terdahulu yang membenarkan pemasangan kamera di ruang awam akan dimansuhkan dan kamera dalam rumah akan dilarang sama sekali.

Memandangkan sebahagian besar penyenaraian di Airbnb tidak melaporkan bahawa kamera keselamatan dipasang, kemas kini itu dijangka hanya menjejaskan sebahagian kecil penyenaraian di platform. Selain mengharamkan kamera dalaman, dasar baharu itu juga mengenakan satu siri ketetapan pada kamera luar.

Semua kamera mesti didedahkan secara terbuka dan tidak boleh disasarkan ke kawasan dalaman termasuk pancuran mandian luar atau sauna. Airbnb juga mengumumkan bahawa ia akan terus membenarkan sistem menggunakan kamera loceng pintu, pengesan desibel hingar dan peralatan lain untuk memastikan keselamatan rumah mereka.

Untuk pengesan desibel hingar, sistem hanya boleh menilai tahap hingar dan tidak boleh mempunyai fungsi rakaman serta hanya dibenarkan digunakan di ruang awam. Dasar ini akan berkuat kuasa pada 30 April 2024. Sebarang pelanggaran akan mengakibatkan rumah inap dialih keluar daripada penyenaraian, malah akaun itu mungkin diharamkan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version