Site icon TechNave BM

AirPods Pro Lite dijangka hadir dengan sokongan kalis air serta harga yang lebih murah

Tidak dapat dinafikan bahawa Apple sentiasa mengeluarkan produk mengikut trend terkini, malah syarikat itu juga dikenali dengan harga produk yang agak mahal. Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin mengenai varian baru dengan harga yang lebih berpatutan iaitu AirPods Pro Lite.

AirPods Pro Lite pastinya lebih murah berbanding varian Pro serta dikatakan mempunyai pembatalan hingar (noise) aktif. Mengikut berita dari LiveAtPC.com, AirPods Pro Lite ini juga turut menampilkan penggunaan ciri Adaptive EQ termasuk sokongan kalis air. 

Satu lagi khabar angin tentang Syarikat Apple di Amerika sedang berusaha untuk pemindahan kilang serta produknya ke Taiwan bagi mengelakkan risiko wabak Koronavirus. Penyusunan semula rangkaian bekalannya dilaporkan akan bermula dengan iMac, iPad, Apple Watch dan AirPods Pro Lite yang akan muncul tidak lama lagi.

Ikuti kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk kemas kini berita AirPods Pro Lite ini.

Exit mobile version