Site icon TechNave BM

AirPods Pro seterusnya mungkin akan bantu anda bersenam dengan lebih canggih

Fon telinga wayarles oleh Apple, AirPods Pro, merupakan antara fon telinga wayarles yang paling popular dalam pasaran sejak ia dilancar pada 2019. Pengguna amat menggemari reka bentuknya yang lebih kecil berbanding AirPods biasa dan teknologi pembatalan hingar aktif yang terdapat dalam AirPods Pro.

Kini media Amerika Syarikat melaporkan bahawa AirPods Pro yang seterusnya bakal dilengkapi sensor gerakan (motion sensor) untuk membantu pengguna bersenam dengan lebih cekap melalui fungsi penjejakan senaman (fitness tracking). AirPods Pro baru ini dijangka akan dilancar pada 2022.

Selain itu, AirPods Pro ini juga mungkin tidak akan dilengkapi sebarang batang (stem) untuk mengecilkan saiz keseluruhan, menjadikannya kompak seperti Samsung Galaxy Buds Plus atau Googe Pixel Buds.

Sementara itu, fon telinga wayarles AirPods yang seterusnya pula akan dilengkapi batang yang lebih pendek, menyerupai reka bentuk AirPods Pro sedia ada pada waktu artikel ditulis.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version