Site icon TechNave BM

AKASO 360 dilancar di Malaysia: Kamera aksi dengan rakaman 360°, resolusi 5.7K bermula RM999

AKASO Malaysia hari ini melancarkan kameranya yang terbaru iaitu AKASO 360, sebuah kamera aksi yang boleh merakam video 360° darjah dan didatangkan dengan rekaan yang tahan lasak serta mudah dipegang dan dibawa.

Kamera ini boleh merakam video dalam resolusi 5.7K dan mengambil gambar 72MP menggunakan dwi-sensor 48MP. Dengan sudut rakaman yang luas, ia membuka fleksibiliti yang lebih luas untuk anda hasilkan video mendatar atau menegak.

Ia dilengkapi pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) seperti AI Tracking yang boleh menjejak subjek dengan tepat di tengah-tengah bingkai, 360° Horizon Lock yang akan memastikan video anda sentiasa selari dengan ufuk serta Invisible Selfie Stick yang boleh memadamkan tongkat swafoto secara digital.

Selain itu, ia turut mempunyai skrin 2.29 inci yang boleh digunakan secara sentuh untuk mengawal pelbagai tetapan kamera ini. Untuk menyunting video, anda boleh gunakan aplikasi AKASO 360 dalam telefon pintar tanpa perlu membuat sebarang pendaftaran akaun.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk AKASO 360:

Harga promosi untuk Standard Combo boleh didapati di Shopee, Lazada dan TikTok Shop sahaja sebelum 31 Ogos 2025. Untuk Creator Combo pula, anda boleh menerima waranti selama 1+1 bulan jika anda membelinya sebelum 30 September 2025 secara dalam talian atau di kedai-kedai fizikal.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan AKASO 360 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version