Site icon TechNave BM

AKASO Keychain 2 dilancar di Malaysia dengan rakaman 4K pada 30fps dan berat 86g berharga RM799

Jenama kamera aksi global, AKASO, hari ini memperkenalkan model terbaharunya iaitu Keychain 2. Kamera aksi ultra-kompak dengan prestasi tinggi dalam saiz poket ini datang dengan berat hanya 86 gram dan mampu merakam video 4K pada 30 bingkai sesaat serta foto sehingga 20MP dengan paparan melalui skrin sentuh 1.3 inci.

Ia ini turut dilengkapi penstabilan 6-axis bagi memastikan rakaman lancar dan bebas gegaran walaupun ketika aktiviti lasak seperti berlari atau menunggang basikal. Selain rakaman asas, Keychain 2 menawarkan pelbagai mod kreatif termasuk time lapse, hyperlapse, slow motion, burst shot dan light painting.

Daripada segi ketahanan, Akaso Keychain 2 mempunyai bateri 1050mAh yang mampu bertahan sehingga 180 minit dalam 1080P dan tahan percikan air (IPX6). Dengan bekas kalis air khas, ia boleh digunakan sehingga kedalaman 30 meter. Menambah nilai, ia turut menyokong mikrofon Type-C luaran, kad MicroSD sehingga 256GB dan mod webcam 1080P.

Fungsi pra rakaman 10–30 saat memastikan detik penting tidak terlepas daripada rakaman. Produk ini dijual pada harga RM799 dan boleh didapati di Shopee, Lazada, serta TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version