Site icon TechNave BM

Akaun Facebook Donald Trump akan terus digantung dalam masa terdekat

Facebook Oversight Board telah memutuskan bahawa penggantungan akaun media sosial untuk bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump perlu kekal digantung. Walau bagaimanapun, mereka mengatakan Facebook perlu menyediakan garis masa untuk menilai semula penggantungan ini.

Mereka mencadangkan tempoh selama enam bulan untuk menilai semula tindakan terhadap Trump dan semua pengguna Facebook untuk menjamin keselamatan awam serta kebebasan bersuara.

Facebook tidak seharusnya menggantung akaun bekas presiden itu dalam tempoh yang tidak ditetapkan. Sebtakat ini, Facebook boleh mengambil tindakan yang biasa dilakukan seperti membuang kandungan yang melanggari syarat, mengenakan penggantungan akaun dalam satu masa yang ditetapkan atau menggantung terus satu akaun atau halaman secara tetap.

Akaun Trump telah digantung selepas beliau mencetuskan rusuhan besar-besaran di bangunan kerajaan US Capitol pada Januari lalu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Oversight Board

Exit mobile version