Site icon TechNave BM

Akaun palsu Maybank, pelanggan digesa untuk berkomunikasi dengan akaun rasmi Maybank sahaja

Kini, semakin tular dengan isu pemberitahuan palsu daripada Maybank kepada pelanggannya. Pihak Maybank mendapati terdapat beberapa akaun Facebook palsu membalas pelanggannya secara langsung menyamar sebagai Khidmat Pelanggan Maybank.

Pihak Maybank menggesa agar anda tidak bertindak balas terhadap akaun palsu ini kerana ia boleh menjadi penipu yang berpotensi. Wakil Penjagaan Pelanggan Maybank tidak akan sekali-kali berkongsi sebarang pautan yang mencurigakan untuk anda klik atau meminta nama pengguna dan kata laluan anda.

Pada setiap masa, sila pastikan anda hanya berkomunikasi dengan akaun rasmi Maybank di Facebook (@Maybank), Twitter (@MyMaybank) dan Instagram (@mymaybank). Sekiranya anda mendapat pemberitahuan daripada pihak Maybank, amat disarankan untuk membuat panggilan atau lawati Maybnk berdekatan untuk pengesahan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Maybank

Exit mobile version