Site icon TechNave BM

Akaun Telegram dan Signal Perdana Menteri serta Menteri Luar Negara digodam

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas akaun Telegram dan Signal miliknya telah digodam.

Pejabat Perdana Menteri mengatakan akaun tersebut mungkin telah disalah gunakan untuk aktiviti jenayah penipuan. Oleh itu, rakyat Malaysia yang menerima sebarang mesej daripada akaun tersebut harus mengabaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa.

Selain Perdana Menteri, akaun Telegram milik Menteri Luar Negara Datuk Seri Saifuddin Abdullah juga telah digodam, beberapa jam selepas akaun Perdana Menteri mengalami musibah yang sama.

Memandangkan beberapa individu berjawatan tinggi dalam kerajaan mempunyai akaun Telegram dan Signal yang digodam, rakyat perlu berwaspada dengan sebarang mesej yang diterima oleh mereka dalam dua aplikasi tersebut. Jangan mudah percaya dengan sebarang mesej yang mencurigakan seperti bantuan kewangan atau pautan internet.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA (1, 2)

Exit mobile version