Site icon TechNave BM

Akhirnya, iPhone 12 mungkin bakal hadir dengan ‘adapter’ cas pantas 20W

Mungkin pengecasan pantas 20W ke atas sudah sinonim dengan industri telefon pintar. Menurut sumber, Apple mungkin bakal mengikut jejak yang sama dengan jenama lain dengan memperkenalkan pengecasan pantas 20W melalui keluaran iPhone 12.

Sumber mendedahkan beberapa keping gambar yang didakwa sebagai alat suai (adapter) 20W iPhone 12 dengan nombor model A2305 yang sedang menanti kelulusan produk. Namun, kami masih ketiadaan maklumat mengenai varian iPhone 12 manakah yang bakal hadir dengan pengecasan pantas 20W.

Memandangkan berita ini hanyalah pendedahan daripada sumber tidak rasmi, adalah lebih baik jika kita menunggu berita rasmi dari pihak Apple.

Adakah anda seorang pengguna iPhone dan teruja jika pengecasan pantas 20W ini hadir? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita iPhone terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version