Site icon TechNave BM

Akhirnya setelah bertahun, Sony sahkan pelancaran kamera Sony a7s III 28 Julai ini

Terkini, Sony telah mengesahkan kehadiran kamera Sony a7s III di pasaran teknologi. Kamera ini bakal dilancarkan pada 28 Julai 2020, 10PM (waktu Malaysia).

Untuk pengetahuan anda, kamera ini bakal menjadi pelopor seterusnya kepada kamera a7s II yang dilancarkan pada bulan September tahun 2015. Ya, Sony mengambil masa yang lama untuk melancarkan model seterusnya bagi siri kamera ini. Anda boleh kunjungi laman web Alpha Universe untuk maklumat lanjut.

Perlu anda ketahui juga bahawa Sony a7s II terdahulu dilaporkan memberi prestasi yang baik dalam keupayaan penggambaran dalam pencahayaan yang rendah. Pihak Sony turut mendedahkan bahawa kamera a7s III bakal dilengkapi sensor baharu dengan ciri teknologi yang lebih baik.

Setakat ini, masih ketiadaan berita mengenai spesifikasi kamera ini. Anda boleh mendaftar disini untuk maklumat terbaru mengenai pelancarannya. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version