Site icon TechNave BM

Akhirnya skrin iPhone 12 bakal hadir dengan takuk yang lebih kecil

Mungkin semua peminat pasaran teknologi mengenali barisan produk Apple yang mengamalkan prinsip biar lambat asal selamat. Walaupun pasaran telefon pintar telah sedia hadir dengan kemunculan takuk (notch) yang lebih kecil, tetapi Apple mengambil masa untuk mengaplikasikannya. Terkini, sumber mendedahkan gambar dokumen yang didakwa memperlihatkan barisan ciri teknologi pada takuk bahagian paparan hadapan iPhone 12.

Seperti yang anda lihat pada gambar di bawah, takuk pada paparan iPhone 12 adalah lebih kecil berbanding siri iPhone 11 dan semestinya lebih padat dengan komponen. Melihat kepada gambar, bezelnya juga adalah lebih nipis! Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai warna baharu iPhone 12 dan beberapa spesifikasi lain pada varian Pro dan Pro Max untuk iPhone 12.

Kami masih tidak berani untuk mengesahkan kesahihan berita ini memandangkan ianya bukan berita rasmi daripada pihak Apple. Namun, sumber turut mengeluarkan beberapa berita khabar angin terdahulu termasuklah iPhone SE dan ternyata ianya benar! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: @jon_prosser | @abdalla_moneer1

Exit mobile version