Site icon TechNave BM

Akibat buruk berkongsi video mengenai polis trafik: Penyebar video serah diri

Sumber: Harian Metro

Kewujudan laman media sosial pada masa kini menjadikan pengguna galak membuat perkongsian tentang pelbagai perkara. Terkini, tindakan seorang lelaki mengongsikan video mendapat padah apabila penularan video tersebut didapati mempertikaikan tugas anggota polis trafik.

Penularan video tersebut memaparkan seorang anggota polis trafik yang sedang melakukan operasi sekatan polis di jalan Air Hitam-Sanglang, Ayer Hitam pada 1 Jun lalu. Perkongsian video yang dikongsi pada minggu lalu dengan status hantaran “kacau oo jalan kampung pun nak saman, cari duit sungguh” dikatakan tular sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa.

Bagaimanapun, sumber melaporkan lelaki tersebut telah menyerah diri kepada pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek direman selama dua hari bermula hari ini, untuk siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak sesuka menular laporan yang tidak sahih.

Kami menyarankan agar warga TechNave juga tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih di mana-mana laman media sosial. Komen pendapat anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita media sosial terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version