Site icon TechNave BM

Akibat terlampau ramai menonton Squid Game, Netflix disaman

Syarikat jalur lebar Korea Selatan, SK Broadband, telah menyaman Netflix kerana kesesakan trafik data akibat penonton filem Squid Game yang terlampau tinggi.

Syarikat jalur lebar itu meminta Netflix untuk membayar kos penyelenggaraan akibat lonjakan trafik penggunaan internet. Timbalan CEO Netflix, Ted Sarandos pada hari Isnin lalu mengatakan bahawa filem ini adalah sebuah “pertunjukan terbesar yang pernah wujud”.

“Kami akan mengkaji tuntutan yang telah diminta oleh SK Broadband terhadap kami,” kata seorang jurucakap Netflix dalam satu kenyataan e-mel kepada CNBC. “Sementara itu, kami terus mencari dialog terbuka dan mencari jalan untuk bekerjasama dengan SK Broadband bagi memastikan pengalaman streaming yang lancar bagi pelanggan kami.”

Saham Netflix agak negatif pada petang Jumaat. Saham SK Telecom, syarikat induk SK Broadband, meningkat lebih dari 1%.

Berita itu muncul setelah mahkamah Korea Selatan mengatakan bahawa Netflix harus membayar ganti rugi kepada SK Broadband untuk kos penyelenggaraan rangkaiannya. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, penggubal undang-undang di negara itu juga telah memanggil penyedia kandungan seperti Netflix kerana tidak membayar yuran penggunaan rangkaian.

Awal minggu ini Netflix mengatakan bahawa ia telah membantu mewujudkan 16,000 peluang pekerjaan di Korea Selatan. Namun, kami masih belum menerima respon rasmi daripada SK Broadband.

Kongsikan pendapat anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNBC

Exit mobile version